Augmented reality adalah gabungan elemen digital interaktif – gambar, bunyi, animasi, model 3D serta elemen-elemen interaktif – ke dalam persekitaran dunia nyata kita.
Penggunaan AR dapat memberi maklumat tambahan dalam kehidupan seharian kita. AR sudah mula digunakan dalam sektor-sektor seperti perubatan, pembinaan, pengilangan dan pendidikan.
Di Malaysia, Buku-buku teks keluaran Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterbitkan oleh Aras Mega (M) Sdn Bhd sudah mula meletakkan elemen-elemen AR bagi menambah pemaham murid dalam satu-satu subjek.
Pengguna memerlukan peranti seperti telefon pintar atau tablet bagi mengimbas halaman atau permukaan.
Pengimbasan dibuat menggunakan aplikasi khas bagi sesuatu produk tersebut.