Dinosaur telah wujud berjuta-juta tahun yang lalu.
Namun, sejauh mana anak-anak benar-benar mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah kewujudan haiwan tersebut?
Ensiklopedia Dinosaurs 4D berkongsi pengetahuan dengan lebih spesifik tentang pelbagai nama dinosaur yang berbeza mengikut fasa zaman kewujudannya berserta maksud di sebalik nama tersebut.
Di samping itu, buku ini mendedahkan fakta menarik tentang jenis atau contoh makanan, lokasi dinosaur boleh ditemui dan anak – anak boleh membayangkan saiz gambaran sebenar fizikal setiap jenis dinosaur kerana dikongsikan juga dalam ensiklopedia ini tentang anggaran ketinggian, panjang dan berat dinosaur tersebut.
Selain itu, anak-anak bakal didedahkan dengan jawapan bagi persoalan bila dinosaur itu boleh wujud, kaedah saintis boleh menjejaki fakta kajian haiwan ini dan pelbagai lagi soalan menarik yang bakal terjawab.
Pastinya anak-anak akan sangat teruja apatah lagi jika dipaparkan dalam Augmented Reality (AR).
Share di media sosial anda.