Ensiklopedia Dinosaurs ini menceritakan tentang 3 fasa utama kewujudan dinosaur iaitu:
- Zaman Triassic
- Zaman Jurassic
- Zaman Cretaceous
Setiap zaman tersebut terdapat pelbagai jenis dinosaur dengan nama-nama unik dan ciri-ciri bentuk tersendiri.
Selain itu, setiap dinosaur diperincikan dengan lebih jelas mengikut klasifikasi pemakanan mereka iaitu Karnivor dan herbivor serta contoh pemakanan mereka.
Anak-anak juga akan didedahkan dengan anggaran ketinggian, panjang dan berat serta divisualkan bentuk tulang rangka bagi setiap dinosaur.
Anak akan mengenali jenis-jenis dinosaurs yang boleh berenang, terbang dan juga hanya hidup di darat.
Selain itu, fakta terpenting iaitu bagaimana haiwan ini boleh pupus dari muka bumi dan pelbagai lagi fakta serta info menarik tentang dinosaur dikongsikan dalam ensiklopedia ini.
Amat penting untuk generasi hari ini tahu akan kewujudan dinosaur pada suatu ketika dahulu meskipun telah pupus dari muka bumi.
Pastinya anak-anak akan sangat teruja apatah lagi jika dipaparkan dalam Augmented Reality (AR).
Share di media sosial anda.