FREE Shipping (Peninsular) for RM120.00 and above
Shopping Cart
Bantu anak minat belajar - Sejarah

WOW Encyclopedia Wonders of the World

Bantu anak minat belajar - Sejarah
WOW Encyclopedia Wonders of the World

Kita pasti pernah mendengar tentang perkara Tujuh Keajaiban Dunia. Namun sejauh mana pengetahuan kita tentangnya.

Pada tahun 2007, lebih 100 juta orang mengundi agar dapat diadakan pemilihan tujuh keajaiban dunia buatan manusia yang baru.

Maka, telah dikongsikan dalam ensiklopedia The Wonders of the World ini tentang tujuh keajaiban dunia pada zaman purba iaitu:

  1. Piramid Besar Giza
  2. Tugu Zeus di Olympia
  3. Kuil Artemis di Ephesus
  4. Makam Halicarnassus
  5. Patung Raksasa Rhodes
  6. Rumah Api Iskandariah
  7. Taman Tergantung Babylon,

Selain itu buku in juga menceritakan tentang tujuh keajaiban dunia yang terbaharu iaitu:

  1. Tembok Besar China
  2. Bandar Petra
  3. Koloseum
  4. Chichen Itza
  5. Machu Picchu
  6. Taj Mahal
  7. Christ the Redeemer.

Anak-anak akan didedahkan dengan penerangan terperinci tentang sejarah pembinaan, gambaran ciri-ciri binaan, faktor yang menjadikan binaan tersebut tarikan utama dan sebagainya.

Berikan anak-anak anda pengetahuan tentang keajaiban dunia ini supaya mereka tahu akan kewujudannya dan agar mereka sedar akan keunikan seni binaannya.

Pastinya anak-anak akan sangat teruja apatah lagi jika dipaparkan dalam Augmented Reality (AR).

Share di media sosial anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free shipping

Within Malaysia

Pickup at store

Pickup available

Exclusively for sale in

Malaysia, Singapore & Brunei Only

100% Secure Checkout

FPX / MasterCard / Visa

through ipay88